PAUSE HERE

Tips Menambah Bilangan Pembaca Di Blog Anda

Assalamualaikum, aku akan beri beberapa perkara yang aku tahu untuk menjadi seorang blogger yang sebenar. Jadi di sini aku nak kongsikan cara-caranya.

1) Nama Tajuk Blog Yang Menarik

Sesungguhnya nama yang baik akan bawa ke arah kebaikan. Korang boleh letak ikut suka hati korang untuk nama blog tapi pastikan ia menarik. Kalau korang punya blog ialah blog peribadi korang boleh letak nama samaran korang sebagai nama blog korang. Kalau blog korang pasal makanan or travel atau apa-apa selain dari itu, korang boleh letak nama sesuai mengikut jenis blog korang. Ada orang akan kaitkan nama blog dengan nama warna kegemaran mereka.

2) Design Blog Yang Kemas

Kekemasan pada blog juga amat penting supaya orang yang singgah blog korang takkan pening kepala. Jadi amat lah penting untuk memastikan blog korang dalam keadaan yang kemas. Ia termasuk pengunaan warna blog korang masing-masing. Jangan guna warna yang terlalu lembut. Sebab akan buat pembaca sakit mata. Gunakan warna yang jelas seperti warna merah, hitam, hijau pekat dan seakannya. Senang cerita warna yang akan menonjolkan blog korang.

3) Entry Yang Menarik

Kebanyakkan pembaca akan singgah di blog yang mempunyai entry yang menarik. Macam mana nak buat entry menarik. Korang boleh letak tutorial, tips, cara memasak, DIY dan banyak lagi. Bergantunglah kepada kepakarang korang.

4) Saiz Tulisan Pada Entry

Saiz tulisan ialah merupakan beberapa faktor kenapa pembaca malas nak baca. Tulisan yang kecil akan buat pembaca rasa sakit mata sebab nak kena tengok dekat-dekat dengan skrin. Jadi BESARKAN tulisan atau bold kannya,

5) Loading Blog

Loading blog adalah faktor yang paling utama. Ada blog yang loadingnya sangat lama hingga pembaca rasa malas nak menunggu. So, bila dia malas nak menunggu, dia akan tinggalkan blog korang macam tu tanpa baca satu entry. Jadi makesure blog korang tak loading lambat. Macam mana nak bagi loading cepat, jangan letak banyak sangat widget or gadget pada blog korang.

Itu saja aku nak share. Harap membantu. Apa-apa persoalan, sila komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan